#Calisthenics #Bar_Teras #ShafiqAG

Saturday, 5 January 2013

Kehidupan dan Duit


Assalamualaikum, hari ini dah masuk sebulan seminggu aku menjalani Latihan Industri(LI) atau lebih tepat semester 4 bagi perjalanan Diploma aku dalam Kos Elektronik Komputer.Alhamdulillah setakat ini semua berjalan dengan lancar.Ehhhh. kejap dah sebulan seminggu? bukan mula 17 desember kaa? sebenarnya aku masuk awal dua minggu untuk dapat elaun penuh.haha. semuanya sebab duit kan.Adakah duit segala-gala nya? bagi aku untuk "Keinginan" ,yaaa duit adalah segala-galanya.tapi sebaliknya bagi "keperluan"duit bukan segala-galanya. Tapi itu lah yang dipandang zaman sekarang ini gaji besar,kereta besar,rumah besar segala bagai semua nak besar bagai kan? Itu lah pemikiran orang zaman sekarang termasuk aku, yaa memang. tapi aku sedar , adakah aku hidup ini kerana duit? aku belajar mencari ilmu kerana duit? adakah itu haluan hidup aku? dan kini aku mendapat jawapan untuk persoalan aku itu.

Part 1
Sememangnya untuk hidup kita perlukan duit dan kita perlu usaha untuk mendapatkan nya. tapi sampai bila? Bila aku lihat orang sekeliling aku, aku dapat jawapan yang aku ingin kan.Kaya dan berduit tak semestinya bahagia kan, aku hanya lah anak kepada peniaga pasar malam,keluarga kami sememangnya miskin.Pernah suatu ketika dahulu ketika aku masih kecil, semasa hari raya, rumah aku pasti sunyi.saudara-mara pun jarang sangat datang,sebab apa? sebab rumah kecil takut tak muat. masa tuu mak aku sedih sangat. Kadang kala waktu dahulu aku sering mendengar tangisan mak.Dimana ruang tamu,Dimana tempat tidur,Dimana tempat solat,Dimana Dapur , boleh dilihat dengan sekali pandang sahaja.walaubagaimana pun kehidupan aku dahulu aku tetap bahagia.

Part 2
Ayah dan mak aku hanya meniaga air kacang soya dan cincau. Dengan duit niaga itu lah mereka hidup dan besarkan kami 4 beradik.Dan pada suatu hari, kejadian hitam dalam diari hidup kami terutama buat emak aku, ketika ini aku masih darjah 4 ,masih segar dalam ingatan aku. Pada suatu pagi jumaat, "steam"/pemasak air soya bersaiz sebiji kereta kancil telah melebihi had panas kerana wap yang berlebihan tidak dikeluarkan. dan akhirnya meletup.satu dentuman yang amat kuat telah menyelubungi awan bandar baharu. Dalam kejadian ini, ayah aku cedera ringan.tapi mak aku...mak aku ,tulang bahagian atas kaki mak aku hancur,jari kaki patah. Mak aku masuk wad ICU.mak  dimasukkan di hospital taiping, hampir setiap hari ayah aku pergi sana,dalam waktu yang sama ayah perlu menjaga makan minum kami.Waktu ini kehidupan aku amat lah terumbang-ambing, kadang kala pergi sekolah kadang kala tidak,pergi menjaga mak kat hospital.selepas beberapa bulan keadaan mak semakin baik dan mak dipindahkan ke wad biasa.selepas setengah tahun mak kian pulih,boleh berjalan menggunakan tongkat, dan aku pernah bertanya dengan mak, "Mak lepas mak baik nanti,Mak nak meniaga lagi? Mak menjawab itu saja lah rezeki kita,Allah itu maha adil, hari ini kita diduga hari esok siapa yang tahu.Pada mulanya Ayah tidak mahu meniaga soya lagi, tapi itu lah mak banyak memberi semangat. selepas 2 tahun macam itu peladang telah memberikan satu mesin untuk memasak soya bernilai 30 ribu, Alhamdulillah dan tak lama selepas itu, rumah baru kami pun sudah siap, kini kehidupan kami mula selesa atas pemberian rezeki ini. Kini ayah aku masih lagi menjual soya , dan aku pernah bertanya ,"abah bila nak bersara? mungkin dalam 10tahun dari sekarang kata dia." dan pada tahun 2012 satu lagi mesin cincau bernilai 10ribu diberikan oleh pihak Risda. Banyak sangat hitam-hitam kenangan yang terkubur dalam ingatan aku dan kini aku hampir mencapai umur 20 tahun.Setiap detik dan saat yang berlalu akan menjadi kenangan yang akan mengajar kita di masa hadapan kelak.

Part 3
Dan kini aku mula mengenal kehidupan, duit bukan lah segala-galanya walau pun kadang-kala ia mengawal rentak kehidupan seseorang.Aku banyak melihat ragam-ragam orang sekeliling aku yang berduit, mereka mungkin bahagia dengan harta benda, tapi hidup masih tidak bahagia seperti yang aku melihat seorang pakcik yang hanya menjual burger goreng yang pasti berhenti menjual ketika setiap kali azan berkumandang.Separuh dari elaun LI aku ini aku berikan pada mak dan ayah untuk melihat mereka tersenyum walaupun jumlah yang diberikan tidak lah banyak.

Part 4
Belajar memberi sebelum belajar menerima,Pembelajaran seperti mungkin tidak diajar di tadika,sekolah,mahupun di Ipta/Ipts sebaliknya kita perlu buka mata dan berjalan mencari erti kehidupan kita di dunia ini.Dunia yang sementara yang mana hanya mungkin hidup 20,30,40,50,60 tahun akan datang ,mungkin jugak sampai hari esok.Perjalanan yang makin jauh dengan kita adalah masa lampau,Dan perjalanan yang makin dekat dengan kita adalah mati.

Part 5
Kini perjalanan aku mula sudah hampir sampai ke petengahan, aku mesti pilih perjalanan yang tepat dan betul untuk meneruskan kehidupan di dunia yang fana dan sementara ini.Mungkin aku tidak boleh jadi seorang ustaz, cukup lah sekadar mengikut suruhan Allah dan meninggalkan larangan-Nya dan menjadi seorang anak lelaki yang taat kepada kedua ibubapa ,abang yang baik kepada seorang adik dan suami yang mampu mendidik isteri dan anak-anak ke jalan Allah, Insyaallah.Permudahkan lah Doa ku ini ya Allah.
Segala yang tercatat adalah hak milik shafiqAg