2 jam selepas aku update, dan tiba-tiba rasa nak menaip
lagi, aku nak tulis sesuatu yang duduk
melekat dalam otak ni, tapi aku tak sanggup lah. rasa bersalah jaaa. tapi apa
yang aku rasa, ada 2 benda . pertama, aku tak patut tunggu dia dan tak perlu
tunggu dia. yang kedua aku perlu menjauhkan diri . tak perlu on twitter dok
stalk dia -.-" . ini kelakar. Kenapa perlu ada perasaan ni lagi sedang kan
diri aku dah mati beberapa bulan yang lalu. Aku benci diri aku beberapa bulan
yang lalu. Mungkin bila aku kurang ambil tahu pasai dia aku akan kurangkan rasa
ini. mungkin. dan aku perlu buat ini. Tak dah guna untuk hidup kan jiwa yang
dah mati kan? Aku bukan nak benci dia
pun, cuma aku taknak terlalu ingat dia. so better timbulkan perasaan benci kan,
Tapi aku taklah seteruk tuu. cuma aku akan hilang bila dia online .Aku cuma
fikir macam manalah kalau aku bercinta lama-lama then putus mesti rasa mcm apa
lagi kan, tara aku yang kejap ni pun dok
rasa lagi sampai sekarang. Atau mungkin aku jaa jenis yang akan simpan rasa tuu
lama-lama. Entah lah setiap orang Allah cipta dengan keistimewaan
masing-masing.Mungkin ni kelemahan aku.
#Calisthenics #Bar_Teras #ShafiqAG
Monday, 22 July 2013
Word dan Aku
Assalamulaikum, haihhh. aku sebenarnya tak suka sangat
merapu kat blog ni. Selalu nya bila aku ada masalah,bila aku serabut dan aku
tak tahu nak buat apa.Aku akan buka Microsoft word dan mula menaip.Aku akan
menaip,menulis apa yang aku tak puas hati,apa yang aku sayang, apa yang aku nak
dalam hidup ini.Setiap orang mempunyai cara untuk diorang meluahkan sesuatu
masalah atau kegembiraan atau kebahagian atau kesedihan tetapi yang pasti secara
psikologi orang yang macam ni termasuk dalam golongan yang suka menangis. Jangan
nak tuduh aku. Aku terkecuali.
Hari itu aku pergi kem kempimpinan. Dalam kem tuu aku dapat
beberapa tips untuk menjadi pelajar yang cemerlang.Dalam tips yang dia bagi tuu
satu pun tak sentuh mengenai bab pelajaran tapi pelajar tuu cemerlang.Jadi aku
nak kongsi sikit lah.Yang pertama, kita memberi lebih dan kita akan menerima
lebih. Kalau ikut logik apa kaitan pelajar yang cemerlang dengan tips ni. itu
lah rahsia dia.Cuba lahh buat apa-apa kalau boleh kita mendahulukan orang lain,
tangan yang memberi itu lebih baik dari tangan yang menerima.Tips yang kedua
adalah memaafkan orang lain.So masa dia bagi tahu tips kita org perlu pejam
mata dan maaf semua yang buat salah dengan kita tak kira besar mana kesalahan
dia pada kita, sebab benda-benda macam ni akan membersihkan jiwa kita. Orang
yang pertama aku maafkan ada lah Dia dan orang yang aku tak boleh maafkan
adalah diri aku sebab ego sangat.Mungkin aku tak boleh maafkan tapi aku cuba
berubah menjadi lebih baik untuk jodoh aku yang akan datang.Tips yang ketiga
adalah solat dhuha. yang pasti hubungan kita dengan tuhan perlu lah jaga. Pada
kesimpulan aku, sebenarnya belajar atau kerja sekalipun bukan menjadi masalah
kita untuk mempelajarinya walaupun susah. Sebenarnya diri kita dan hubungan
kita dengan orang sekeliling dan yang paling penting keberkatan kedua ibu bapa
kita.Jadi macam mana susah pun sesuatu tuu kita perlu perbetulkan segala
masalah dalaman kita dan secara automatik jiwa kita akan mudah untuk menerima
sesuatu yang baik, insyaallah.Amin. Aku harap semester 5 ni aku akan jadi lebih
baik dari sem-sem sebelum ni, dan aku menunggu semester 6 dengan seseorang aku
dah lama tak bersua muka.
Saturday, 20 July 2013
DIA.
Assalamulaikum. fuhhh, dah bersawang blog aku ni, lama
sangat tak diupdate atas sebab-sebab tertentu.Pejam celik pejam celik dah masuk
semester 5 pun kat PTSS dan jadi abang senior kot sekarang ni tapi perangai tak
ubah macam budak-budak. hahaha. Sem ni aku
aktif sikit lah dari sem-sem sebelum ni,
dah rajin join kelab-kelab kat poli ,kalau boleh setiap aktiviti yang
poli buat semua aku nak join. Dengan cara ni jaa nak sibukkan diri dan kurangkan
main DotA. Kalau dulu lain lah, bila ada orang marah baru tak main, kalau main
jugak ada orang merajuk. haha .time tuu kelakar. Sekarang ni , aku dah mula
buat street workout atau calisthenic. Maksud calisthenics ni menggunakan konsep
berat badan sebagai beban.Ramai jugak yang joinnya sebab sekarang ni semua nak
badan bermuscle. dan sekarang ni dah ada team Bar_Teras. Sekarang ni kitaorg
bergerak dalam pasukan.Insyallah lepas raya baju akan diusahakan.So dari sini
aku belajar untuk kurangkan rasa nak bermain DotA . nasib baik lah aku tak
merokok kalau tak lagi susah nak berhenti.
Kadang-kadang aku lalu dengan tempat yang aku selalu jumpa Dia
membuat kan aku teringat dekat Dia dan bibir aku akan melukis segaris senyuman
.Otak aku mula terbayangkan perkataan-perkataan yang diilafazkan masa semester
3 yang telah menjadi kenangan .Sebab pada masa tuu aku dah berjanji yang aku
akan jumpa Dia selepas setahun dan aku pernah cakap yang akan ada banyak
perubahan dan Dia cakap, "takpa setahun jaa kejap jaa tuhh". Mungkin
sekejap tetapi perubahan tetap perubahan.Yang bestnya, bila putus cari baru.
kejap jaa kan? Pada aku, selagi Dia menyarung cincin yang aku bagi ,aku masih
mengharapkan sesuatu dari Dia dan aku akan tunggu.Kalau tak sayang kenapa nak
pakai ? ouh lupa sayang dan cinta tuu kan dua perkataan yang berbeza.Aku tak harap
Dia pulangkan,cuma jangan pakai. Pada waktu aku menulis entri ini, aku sangat
nak bercakap dengan Dia dan tanya " awak apa khabar ? sihat? dah makan
belum? sakit kepala tak? " tapi ini hanya perasaan yang tak mungkin
dapat direalisasikan. Sebenarnya , walaupun dalam hati aku marah sangat kat Dia
,rasa sayang aku kat Dia masih ada sebab tuu aku tannak kawan dengan budak
tuu.Entah kenapa senang-senang suka kat orang lain takda perasaan kaa? aku
harap sangat panggilan dari seorang kawan macam Dia. aku rindu Hang laa budak
simpang renggam.
Jadi, aku selalu senyum bila lalu dekat tempat-tempat yang
aku selalu jumpa Dia.Mungkin kawan-kawan aku tak perasan.Lagi pun tak lama dah
aku kat perlis ni . lepas ni semua bawa haluan masing-masing mungkin tak jumpa
dah kan even sabagai kawan. Dan aku akan mula rindu tempat belajar aku, so
dalam 2 semester terakhir ni aku buat kenangan manis aku banyak-banyak termasuk
Dia dalam salah satu kenangan aku.
No Pain No Gain .
Assalamualaikum ! Jam
menunjukkan 1.50 pagi dan aku masih memikirkan idea untuk menulis sesuatu pada
blog ni. Jadi hari ini nak kongsi sikit pasal rutin. Rutin eh? Apa itu rutin.
Pada aku lah rutin adalah perkara yang kita buat setiap hari dan akan berulang
tak kira lah benda yang kita buat tuu sihat ataupun tidak. selalu nya orang ada
rutin ni dia macam displin sikit pada masa dia, sampai waktu jaa dia kena buat
rutin dia. aku rasa lah. macam aku lah rutin aku makan, tapi aku tak berdisplin
lah , tak sampai masa aku makan jaa,kira perut berbunyi dah perlu diisi aku
makan. yaa itu ada lah rutin aku kira-kira sebulan yang lepas.Sekarang ni cuti
semester aku yang keempat dan setiap cuti semester aku ni semua nya sama jaa
makan,tido, tolong keluarga aku kat pasar malam, cuma kali ini jaa aku ubah
sedikit rutin aku.
Perubahan rutin pada cuti sem ni ialah aku pergi gym yang
agak baru buka.kadang-kadang kita hidup ni mesti nak sihat kan , kalau asyik
makan jaa kalau tak bersenam tak boleh jugak even badan kita still kurus.tapi
macam aku memang tak kurus lah. haha.Salah satu rutin aku yang berubah ialah
aku tak makan nasi, bagi aku itu biasa bagi orang diet. Diet bukan lah sesuatu
yang buruk kalau taw maksud sebenar diet ialah pemakanan seimbang. tapi orang sekarang
kalau cakap diet dia dah pandang serong then malu sambil cakap takda makna aku
nak diet. itu lah jawapan yang selalu aku dengar.Macam aku, aku tak kesah orang
nak cakap apa sebab selagi mak aku tak kata salah aku on jaa.Mak aku yang
banyak support aku, macam aku nasi memang dah tak makan jadi tenaga memang takda, macam mana nak
hidup. Jadi kat sini aku tukar meal nasi dengan sayur jaa. Yaaa setiap hari aku
makan sayur. sebab tuu aku rasa untung sangat sebab ada mak aku yang dok masak
sayur kat aku setiap hari.Untuk mula-mula memang tak boleh pi, tapi dah
lama-lama okay jaa.Tapi mana nak cukup makan sayur setiap hari boleh mati letih
jugak takda protein. Untuk protein aku ambil supplement protein gym dgn susu lembu setiap hari gak. Rutin ni
macam yang paling teruk aku pernah buat. tapi takpa atles dalam tempoh 2 minggu
aku dah nampak hasil dia kira okay lah. Sebenar ada lagi cara lagi cepat untuk
kurungkan berat badan ni terutama ambil supplement macam fat burner. benda ni
memang berkesan sebab aku dah tengok hasil kt kawan aku, fat burner kebanyakan
berfungsi untuk buang air dalam melalui peluh. kalau ambik then joging peluh
macam mandi kata nya lah.Tapi aku takmau ambik , pada aku biar lah lambat asal
selamat .Sapa yang guna fat burner kena banyak minum air masak kalau tak perut
akan rasa mcam kena gastrik sebab takda air nak dikeluarkan.Kalau ambik
supplement bagai tak exercise tak boleh jugak. boleh lah cuma lambat sikit lah
kesan dia.Rutin aku sekarang ni pagi-pagi keluar pegi gym 2-3 jam then balek
rehat .Petang tolong family kat pasar malam then habes jaa pasar malam terus
siap pergi gym 2-3 jam. Sakit penat tuu memang sentiasa ada kat badan ni tapi
ingat tanpa usaha dan kesakitan kita takkan beroleh kejayaan.
Walau apapun rutin kehidupan kita pastikan kita sentiasa
sihat dan hidup dalam keceriaan. Yang penting senyum selalu dan sayangi ibubapa
anda selagi mereka masih ada. Peace Yow
Semester 4 .
assalamulaikum
fuhh dah lama gila tak update blog ni, takpa selagi aku masih hidup aku akan
cuba cari masa untuk update.Okay
beberapa bulan lepas aku semester 4 kat politeknik atau lebih dikenali sebagai
latihan industri (LI) atau senang cakap praktikal ! Masa aku semester 3 , aku
teringin sangat-sangat nak masuk alam praktikal ni, aku letak harapan yang
tinggi kat praktikal aku yang mengatakan praktikal lagi menyeronokkan dari
belajar kat poli tu. Mungkin! . Aku praktikal sekali dengan classmate juga
roomate aku juga sedaerah iaitu mat.Sebenarnya, aku masuk awal dari tarikh yang
ditetapkan dalam dua minggu macam tuu, bukan sebab apa orang kata semangat kan?
haha. aku just nak cepatkan masa untuk capai wishlist aku jaa ,hehe. Masuk awal
gaji awal tuu jaa ($.$) . Bulan pertama
kat sini aku, boleh lah mat pun dah join sekali.Nak kata kerja best? kalau benda kita tak minat jangan cakap kerja
lah, bab makanan pun kita boleh tolak kan. So kenapa aku nak praktikal kat
sini, 1st dia ada dalam senarai yang poli bagi, 2th masa interview sembang fix
komputer bagai then now what? sampai cukai pintu pun aku kena pi bayar? aku
bukan tak boleh buat apa kerja disuruh cuma fikir lah sikit sehari setakat
sentuh satu dua komputer, then suruh buat penghantaran barang kat kilang-kilang
buat serupa aku ni kerja 20-30 tahun silap sikit maki. memang terasa nak bagi
penumbuk terutama bila dia seorang cina.Aku bukan rasis, just nak tegur belajar
adab.Berbalik kepada sebulan, tak lama selepas tuu kawan mat pun join kami praktikal
kat sini, syok laa jugak kann ada gak kawan lain. tapi tak lamaa dalam tiga
minggu kena buang, haha lagi sedih. Masalah? nope kawan mat ni tak bermasalah,
yang bermasalah tempat LI ni yang dok anggap budak-budak pratikal serupa dah
kerja 20-30 tahun. then tinggal lah aku dengan mat balik. tapi aku cuma boleh
tahan sampai 2 bulan jaa tak boleh pi dah, aku boleh tahan nak stay cuma takut
aku tak boleh kawal perasaan aku untuk melepaskan apa yang dok simpan ni. then
aku call UPLI dan buat surat pertukaran. 2 minggu jugak lah nak uruskan
pertukaran ni.now tinggai lah mat sorang-sorang kat sana. Pelik kan? mat boleh
pulak bertahan kan sampai habis takda masalah apa pun, atau aku yang
bermasalah. Aku rasa cuma prinsip yang aku pegang dengan dia yang berbeza, aku
nak sangat belajar ilmu-ilmu komputer bab-bab fixing ni. dekat situ aku tak
dapat belajar sebab tuu aku memberontak .Then aku now aku tukar tempat yang
baru, hanya 5 minit jaa dari rumah kalau nak compare sebelum ni hampir setengah
jam memang tak berbaloi. Dekat kedai komputer sini banyak sangat benda yang aku
dapat belajar, pernah sehari tuu aku hadap 10 komputer sekali gus untuk fix.
Aku tak merungut pun tapi aku rasa puas , sebab apa? sebab kita minat. So untuk
kesimpulan, sila pegang pada prinsip dan betulkan niat kita tak kira lah nak
buat apa sekali pun. Dugaan akan pasti datang selagi kita hidup, tabahkan hati
dan teruskan usaha.tapi aku memang manja sikit, sikit jelaa.
Subscribe to:
Comments (Atom)