#Calisthenics #Bar_Teras #ShafiqAG

Thursday, 7 August 2014

Permulaan.

Semua orang inginkan badan yang sihat, tak kiralah gemuk/kurus/ atau berotot. Kalau tak sihat badan berotot sekali pun tak berguna. Apa yang saya nak tekankan dekat sini ialah permulaan.Tak kisah lah, anda gemuk/kurus/biasa-biasa saja.Permulaan adalah benda yang paling penting untuk bermula segala-galanya dan permulaan juga adalah benda yang paling sukar antara dalam banyak-banyak fasa perubahan.

Jadi di sini ada beberapa tips yang saya amalkan untuk lakukan perubahan.

Pertama,Anda mesti mempunyai TARGET.Tanpa target kita seolah olah memandu tanpa hala tuju.Contohnya nak turun berat/nak badan berotot.

Kedua, bila dah ada target mesti kena berusaha, tanpa usaha. kereta pun tak boleh berjalan. yang penting kalau boleh kita mempunyai seorang idola yang sentiasa akan membuat kita bemotivasi dah tidak mudah berputus asa.

Ketiga, Cari pasangan atau teman yang berdedikasi supaya kita konsisten(sentiasa tetap kepada  matlamat) kita untuk turunkan berat badan. Kalau boleh bagi yang berkeluarga ajak anak isteri/suami/keluarga terapat anda sendiri sebagai teman anda. Kalau ada anak remaja lagi bagus.
keempat, Jumlah makanan yang ‘sihat’ hendaklah seiring dengan senaman yang anda lakukan. Contohnya: Kita baru sahaja melakukan senaman selama 30 minit tetapi semasa kita makan tengahri contohnya kita tambah nasi 2-3 pinggan. Jadi jumlah yang masuk dan keluar adalah tidak sama malah melebihi apa yang kita masuk.
kelima. Cari sukan atau senaman yangmemerlukan banyak bergerak dan yang kita suka. Terdapat 2 senaman yang saya terbaik bagi saya iaitu stree tworkout dan HIIT(High Intense Interval Training) boleh google.
Kelima, Mempunyai jadual terhadap aktiviti yang akan kita laksanakan dan baikinya setiap minggu dan jika perlu buat perubahan, lakukan sekarang.
Keenam, Menyimpan catatan berat badan kita. Kalau boleh dekat rumah tu adalah mesin menimbang. Saya cadangkan tulis berat kita selepas bangun tidur dan sebelum mandi. Sebelum makan tengahari dan petang sebelum makan malam. Jika ada aktiviti yang kita hendak buat, tulis sebelum dan selepas aktiviti tersebut. Catat dalam buku bukannya di dalam kertas supaya tidak hilang.
Ketujuh ,Membuat matlamat mental yang anda perlu untuk mencapai setiap bulan. Tulis target anda untuk turunkan berat badan contonya bermula 01 Jan 2014 sehingga 01 Apr 2014 berat badan saya akan turun sebanyak 1 kg. Tapi jangan ingat nak turunkan berat badan sahaja. Target kita biar jelas dan relevan dengan keupayaan kita. Tapi boleh setkan lebih daripada biasa supaya kita mencabar diri kita. Tulis besar-besar dan lihat setiap hari dan settkan kepada minda anda untuk mencapai terget tersebut.



Monday, 28 July 2014

Mungkin

Hari ni Raya kedua

Aku kena fitnah,  ternyata sakitnya agak mendalam terutamanya datang nya dari seorang yang bergelar kawan.

Saturday, 19 July 2014

PERASAAN.

Ku tak percaya kau ada di sini
Menemaniku di saat dia pergi
Sungguh bahagia kau ada di sini
Menghapus semua sakit yang kurasa

Mungkinkah kau merasakan
Semua yang ku pasrahkan
Kenanglah kasih.

Ku suka dirinya, mungkin aku sayang
Namun apakah mungkin, kau menjadi milikku
Kau pernah menjadi , menjadi miliknya
Namun salahlah aku, bila ku pendam rasa ini.

Dia

Bajingan.

Friday, 18 July 2014

KEMBALI MELUAHKAN

Assalamualaikum lama tak update.fuhh. Sedar tak sedar dah habis 3 tahun belajar kt politeknik kos kejuruteraan elektronik komputer.Aku takda lah pandai sangat at the end pointer dapat 3 lebih sikit jaa.huhu.Silap aku juga yg banyak main.

Btw masa semester 5, aku mula bergiat dalam plan nak turunkan berat badan,  acah acah lepas putus cinta nak buktikan sesuatu lah.Masa ni hari mula mula masuk poli semester 5, aku turun lah kt padang tepi tasik (niat asal nak joging di samping melihat bakal bakal jodoh emm emm)

Tapi masa ni lah terjumpa junior sem 2 ni, nama dia iman. Aku tengok dia dok bergayut kat tiang tuu naik turun naik turun(buat muscle up). Aku tertanya tanya apakah ini senaman ini. Lantas kaki ku pergi menyapa. Mulut bercakap.kalau kaki yang menyapa tuu nak bergaduh.

Calisthenics? Street workout? penah dengar?   tak ni first time.  Calisthenics  ni senaman yang menggunakan berat badan sebagai beban atau resistance. Bila sebut street workout ni selalu buat kat taman yang sememangnya outdoor exercise. Sejak hari tuu hampir setiap petang ku di temani rutin rutin exercise yang bakal mengubah fizikal badan ku.(ayat mcm page meran ja.)

Alhamdulillah,  sedar tak dah setahun dgn senaman street workout ni.badan tak mengecil pun.tapi bodyfat menurun kira okay lah tuu.Kalau tak minat mana mampu nak konsisten dalam setahun ni.sekaligus menukar arah minat aku terhadap sukan dan bidang fitness.

So next time,  aku share pasal rutin dgb pemakanan aku.Pepatah yang aky pegang masa mula mula dulu kan. Seribu langkah bermula dengan langkah yang pertama. It doesn't matter the first step is very fucking difficult as long as you move.

Segala yang tercatat adalah hak milik shafiqAg