#Calisthenics #Bar_Teras #ShafiqAG

Monday, 22 July 2013

Masa dah berlalu kan?

2 jam selepas aku update, dan tiba-tiba rasa nak menaip lagi,  aku nak tulis sesuatu yang duduk melekat dalam otak ni, tapi aku tak sanggup lah. rasa bersalah jaaa. tapi apa yang aku rasa, ada 2 benda . pertama, aku tak patut tunggu dia dan tak perlu tunggu dia. yang kedua aku perlu menjauhkan diri . tak perlu on twitter dok stalk dia -.-" . ini kelakar. Kenapa perlu ada perasaan ni lagi sedang kan diri aku dah mati beberapa bulan yang lalu. Aku benci diri aku beberapa bulan yang lalu. Mungkin bila aku kurang ambil tahu pasai dia aku akan kurangkan rasa ini. mungkin. dan aku perlu buat ini. Tak dah guna untuk hidup kan jiwa yang dah mati kan?  Aku bukan nak benci dia pun, cuma aku taknak terlalu ingat dia. so better timbulkan perasaan benci kan, Tapi aku taklah seteruk tuu. cuma aku akan hilang bila dia online .Aku cuma fikir macam manalah kalau aku bercinta lama-lama then putus mesti rasa mcm apa lagi kan, tara aku  yang kejap ni pun dok rasa lagi sampai sekarang. Atau mungkin aku jaa jenis yang akan simpan rasa tuu lama-lama. Entah lah setiap orang Allah cipta dengan keistimewaan masing-masing.Mungkin ni kelemahan aku. 

Word dan Aku

Assalamulaikum, haihhh. aku sebenarnya tak suka sangat merapu kat blog ni. Selalu nya bila aku ada masalah,bila aku serabut dan aku tak tahu nak buat apa.Aku akan buka Microsoft word dan mula menaip.Aku akan menaip,menulis apa yang aku tak puas hati,apa yang aku sayang, apa yang aku nak dalam hidup ini.Setiap orang mempunyai cara untuk diorang meluahkan sesuatu masalah atau kegembiraan atau kebahagian atau kesedihan tetapi yang pasti secara psikologi orang yang macam ni termasuk dalam golongan yang suka menangis. Jangan nak tuduh aku. Aku terkecuali.


   Hari itu aku pergi kem kempimpinan. Dalam kem tuu aku dapat beberapa tips untuk menjadi pelajar yang cemerlang.Dalam tips yang dia bagi tuu satu pun tak sentuh mengenai bab pelajaran tapi pelajar tuu cemerlang.Jadi aku nak kongsi sikit lah.Yang pertama, kita memberi lebih dan kita akan menerima lebih. Kalau ikut logik apa kaitan pelajar yang cemerlang dengan tips ni. itu lah rahsia dia.Cuba lahh buat apa-apa kalau boleh kita mendahulukan orang lain, tangan yang memberi itu lebih baik dari tangan yang menerima.Tips yang kedua adalah memaafkan orang lain.So masa dia bagi tahu tips kita org perlu pejam mata dan maaf semua yang buat salah dengan kita tak kira besar mana kesalahan dia pada kita, sebab benda-benda macam ni akan membersihkan jiwa kita. Orang yang pertama aku maafkan ada lah Dia dan orang yang aku tak boleh maafkan adalah diri aku sebab ego sangat.Mungkin aku tak boleh maafkan tapi aku cuba berubah menjadi lebih baik untuk jodoh aku yang akan datang.Tips yang ketiga adalah solat dhuha. yang pasti hubungan kita dengan tuhan perlu lah jaga. Pada kesimpulan aku, sebenarnya belajar atau kerja sekalipun bukan menjadi masalah kita untuk mempelajarinya walaupun susah. Sebenarnya diri kita dan hubungan kita dengan orang sekeliling dan yang paling penting keberkatan kedua ibu bapa kita.Jadi macam mana susah pun sesuatu tuu kita perlu perbetulkan segala masalah dalaman kita dan secara automatik jiwa kita akan mudah untuk menerima sesuatu yang baik, insyaallah.Amin. Aku harap semester 5 ni aku akan jadi lebih baik dari sem-sem sebelum ni, dan aku menunggu semester 6 dengan seseorang aku dah lama tak bersua muka.

Saturday, 20 July 2013

DIA.

Assalamulaikum. fuhhh, dah bersawang blog aku ni, lama sangat tak diupdate atas sebab-sebab tertentu.Pejam celik pejam celik dah masuk semester 5 pun kat PTSS dan jadi abang senior kot sekarang ni tapi perangai tak ubah macam budak-budak. hahaha.  Sem ni aku aktif sikit lah dari sem-sem sebelum ni,  dah rajin join kelab-kelab kat poli ,kalau boleh setiap aktiviti yang poli buat semua aku nak join. Dengan cara ni jaa nak sibukkan diri dan kurangkan main DotA. Kalau dulu lain lah, bila ada orang marah baru tak main, kalau main jugak ada orang merajuk. haha .time tuu kelakar. Sekarang ni , aku dah mula buat street workout atau calisthenic. Maksud calisthenics ni menggunakan konsep berat badan sebagai beban.Ramai jugak yang joinnya sebab sekarang ni semua nak badan bermuscle. dan sekarang ni dah ada team Bar_Teras. Sekarang ni kitaorg bergerak dalam pasukan.Insyallah lepas raya baju akan diusahakan.So dari sini aku belajar untuk kurangkan rasa nak bermain DotA . nasib baik lah aku tak merokok kalau tak lagi susah nak berhenti.
Kadang-kadang aku lalu dengan tempat yang aku selalu jumpa Dia membuat kan aku teringat dekat Dia dan bibir aku akan melukis segaris senyuman .Otak aku mula terbayangkan perkataan-perkataan yang diilafazkan masa semester 3 yang telah menjadi kenangan .Sebab pada masa tuu aku dah berjanji yang aku akan jumpa Dia selepas setahun dan aku pernah cakap yang akan ada banyak perubahan dan Dia cakap, "takpa setahun jaa kejap jaa tuhh". Mungkin sekejap tetapi perubahan tetap perubahan.Yang bestnya, bila putus cari baru. kejap jaa kan? Pada aku, selagi Dia menyarung cincin yang aku bagi ,aku masih mengharapkan sesuatu dari Dia dan aku akan tunggu.Kalau tak sayang kenapa nak pakai ? ouh lupa sayang dan cinta tuu kan dua perkataan yang berbeza.Aku tak harap Dia pulangkan,cuma jangan pakai. Pada waktu aku menulis entri ini, aku sangat nak bercakap dengan Dia dan tanya " awak apa khabar ? sihat? dah makan belum? sakit kepala tak?  "  tapi ini hanya perasaan yang tak mungkin dapat direalisasikan. Sebenarnya , walaupun dalam hati aku marah sangat kat Dia ,rasa sayang aku kat Dia masih ada sebab tuu aku tannak kawan dengan budak tuu.Entah kenapa senang-senang suka kat orang lain takda perasaan kaa? aku harap sangat panggilan dari seorang kawan macam Dia. aku rindu Hang laa budak simpang renggam.

Jadi, aku selalu senyum bila lalu dekat tempat-tempat yang aku selalu jumpa Dia.Mungkin kawan-kawan aku tak perasan.Lagi pun tak lama dah aku kat perlis ni . lepas ni semua bawa haluan masing-masing mungkin tak jumpa dah kan even sabagai kawan. Dan aku akan mula rindu tempat belajar aku, so dalam 2 semester terakhir ni aku buat kenangan manis aku banyak-banyak termasuk Dia dalam salah satu kenangan aku.

No Pain No Gain .

Assalamualaikum !  Jam menunjukkan 1.50 pagi dan aku masih memikirkan idea untuk menulis sesuatu pada blog ni. Jadi hari ini nak kongsi sikit pasal rutin. Rutin eh? Apa itu rutin. Pada aku lah rutin adalah perkara yang kita buat setiap hari dan akan berulang tak kira lah benda yang kita buat tuu sihat ataupun tidak. selalu nya orang ada rutin ni dia macam displin sikit pada masa dia, sampai waktu jaa dia kena buat rutin dia. aku rasa lah. macam aku lah rutin aku makan, tapi aku tak berdisplin lah , tak sampai masa aku makan jaa,kira perut berbunyi dah perlu diisi aku makan. yaa itu ada lah rutin aku kira-kira sebulan yang lepas.Sekarang ni cuti semester aku yang keempat dan setiap cuti semester aku ni semua nya sama jaa makan,tido, tolong keluarga aku kat pasar malam, cuma kali ini jaa aku ubah sedikit rutin aku.
Perubahan rutin pada cuti sem ni ialah aku pergi gym yang agak baru buka.kadang-kadang kita hidup ni mesti nak sihat kan , kalau asyik makan jaa kalau tak bersenam tak boleh jugak even badan kita still kurus.tapi macam aku memang tak kurus lah. haha.Salah satu rutin aku yang berubah ialah aku tak makan nasi, bagi aku itu biasa bagi orang diet. Diet bukan lah sesuatu yang buruk kalau taw maksud sebenar diet ialah pemakanan seimbang. tapi orang sekarang kalau cakap diet dia dah pandang serong then malu sambil cakap takda makna aku nak diet. itu lah jawapan yang selalu aku dengar.Macam aku, aku tak kesah orang nak cakap apa sebab selagi mak aku tak kata salah aku on jaa.Mak aku yang banyak support aku, macam aku nasi memang dah tak makan  jadi tenaga memang takda, macam mana nak hidup. Jadi kat sini aku tukar meal nasi dengan sayur jaa. Yaaa setiap hari aku makan sayur. sebab tuu aku rasa untung sangat sebab ada mak aku yang dok masak sayur kat aku setiap hari.Untuk mula-mula memang tak boleh pi, tapi dah lama-lama okay jaa.Tapi mana nak cukup makan sayur setiap hari boleh mati letih jugak takda protein. Untuk protein aku ambil supplement protein gym  dgn susu lembu setiap hari gak. Rutin ni macam yang paling teruk aku pernah buat. tapi takpa atles dalam tempoh 2 minggu aku dah nampak hasil dia kira okay lah. Sebenar ada lagi cara lagi cepat untuk kurungkan berat badan ni terutama ambil supplement macam fat burner. benda ni memang berkesan sebab aku dah tengok hasil kt kawan aku, fat burner kebanyakan berfungsi untuk buang air dalam melalui peluh. kalau ambik then joging peluh macam mandi kata nya lah.Tapi aku takmau ambik , pada aku biar lah lambat asal selamat .Sapa yang guna fat burner kena banyak minum air masak kalau tak perut akan rasa mcam kena gastrik sebab takda air nak dikeluarkan.Kalau ambik supplement bagai tak exercise tak boleh jugak. boleh lah cuma lambat sikit lah kesan dia.Rutin aku sekarang ni pagi-pagi keluar pegi gym 2-3 jam then balek rehat .Petang tolong family kat pasar malam then habes jaa pasar malam terus siap pergi gym 2-3 jam. Sakit penat tuu memang sentiasa ada kat badan ni tapi ingat tanpa usaha dan kesakitan kita takkan beroleh kejayaan.

Walau apapun rutin kehidupan kita pastikan kita sentiasa sihat dan hidup dalam keceriaan. Yang penting senyum selalu dan sayangi ibubapa anda selagi mereka masih ada. Peace Yow

Semester 4 .



                               assalamulaikum fuhh dah lama gila tak update blog ni, takpa selagi aku masih hidup aku akan cuba cari  masa untuk update.Okay beberapa bulan lepas aku semester 4 kat politeknik atau lebih dikenali sebagai latihan industri (LI) atau senang cakap praktikal ! Masa aku semester 3 , aku teringin sangat-sangat nak masuk alam praktikal ni, aku letak harapan yang tinggi kat praktikal aku yang mengatakan praktikal lagi menyeronokkan dari belajar kat poli tu. Mungkin! . Aku praktikal sekali dengan classmate juga roomate aku juga sedaerah iaitu mat.Sebenarnya, aku masuk awal dari tarikh yang ditetapkan dalam dua minggu macam tuu, bukan sebab apa orang kata semangat kan? haha. aku just nak cepatkan masa untuk capai wishlist aku jaa ,hehe. Masuk awal gaji awal tuu jaa  ($.$) . Bulan pertama kat sini aku, boleh lah mat pun dah join sekali.Nak kata kerja best?  kalau benda kita tak minat jangan cakap kerja lah, bab makanan pun kita boleh tolak kan. So kenapa aku nak praktikal kat sini, 1st dia ada dalam senarai yang poli bagi, 2th masa interview sembang fix komputer bagai then now what? sampai cukai pintu pun aku kena pi bayar? aku bukan tak boleh buat apa kerja disuruh cuma fikir lah sikit sehari setakat sentuh satu dua komputer, then suruh buat penghantaran barang kat kilang-kilang buat serupa aku ni kerja 20-30 tahun silap sikit maki. memang terasa nak bagi penumbuk terutama bila dia seorang cina.Aku bukan rasis, just nak tegur belajar adab.Berbalik kepada sebulan, tak lama selepas tuu kawan mat pun join kami praktikal kat sini, syok laa jugak kann ada gak kawan lain. tapi tak lamaa dalam tiga minggu kena buang, haha lagi sedih. Masalah? nope kawan mat ni tak bermasalah, yang bermasalah tempat LI ni yang dok anggap budak-budak pratikal serupa dah kerja 20-30 tahun. then tinggal lah aku dengan mat balik. tapi aku cuma boleh tahan sampai 2 bulan jaa tak boleh pi dah, aku boleh tahan nak stay cuma takut aku tak boleh kawal perasaan aku untuk melepaskan apa yang dok simpan ni. then aku call UPLI dan buat surat pertukaran. 2 minggu jugak lah nak uruskan pertukaran ni.now tinggai lah mat sorang-sorang kat sana. Pelik kan? mat boleh pulak bertahan kan sampai habis takda masalah apa pun, atau aku yang bermasalah. Aku rasa cuma prinsip yang aku pegang dengan dia yang berbeza, aku nak sangat belajar ilmu-ilmu komputer bab-bab fixing ni. dekat situ aku tak dapat belajar sebab tuu aku memberontak .Then aku now aku tukar tempat yang baru, hanya 5 minit jaa dari rumah kalau nak compare sebelum ni hampir setengah jam memang tak berbaloi. Dekat kedai komputer sini banyak sangat benda yang aku dapat belajar, pernah sehari tuu aku hadap 10 komputer sekali gus untuk fix. Aku tak merungut pun tapi aku rasa puas , sebab apa? sebab kita minat. So untuk kesimpulan, sila pegang pada prinsip dan betulkan niat kita tak kira lah nak buat apa sekali pun. Dugaan akan pasti datang selagi kita hidup, tabahkan hati dan teruskan usaha.tapi aku memang manja sikit, sikit jelaa.

Saturday, 5 January 2013

Kehidupan dan Duit


Assalamualaikum, hari ini dah masuk sebulan seminggu aku menjalani Latihan Industri(LI) atau lebih tepat semester 4 bagi perjalanan Diploma aku dalam Kos Elektronik Komputer.Alhamdulillah setakat ini semua berjalan dengan lancar.Ehhhh. kejap dah sebulan seminggu? bukan mula 17 desember kaa? sebenarnya aku masuk awal dua minggu untuk dapat elaun penuh.haha. semuanya sebab duit kan.Adakah duit segala-gala nya? bagi aku untuk "Keinginan" ,yaaa duit adalah segala-galanya.tapi sebaliknya bagi "keperluan"duit bukan segala-galanya. Tapi itu lah yang dipandang zaman sekarang ini gaji besar,kereta besar,rumah besar segala bagai semua nak besar bagai kan? Itu lah pemikiran orang zaman sekarang termasuk aku, yaa memang. tapi aku sedar , adakah aku hidup ini kerana duit? aku belajar mencari ilmu kerana duit? adakah itu haluan hidup aku? dan kini aku mendapat jawapan untuk persoalan aku itu.

Part 1
Sememangnya untuk hidup kita perlukan duit dan kita perlu usaha untuk mendapatkan nya. tapi sampai bila? Bila aku lihat orang sekeliling aku, aku dapat jawapan yang aku ingin kan.Kaya dan berduit tak semestinya bahagia kan, aku hanya lah anak kepada peniaga pasar malam,keluarga kami sememangnya miskin.Pernah suatu ketika dahulu ketika aku masih kecil, semasa hari raya, rumah aku pasti sunyi.saudara-mara pun jarang sangat datang,sebab apa? sebab rumah kecil takut tak muat. masa tuu mak aku sedih sangat. Kadang kala waktu dahulu aku sering mendengar tangisan mak.Dimana ruang tamu,Dimana tempat tidur,Dimana tempat solat,Dimana Dapur , boleh dilihat dengan sekali pandang sahaja.walaubagaimana pun kehidupan aku dahulu aku tetap bahagia.

Part 2
Ayah dan mak aku hanya meniaga air kacang soya dan cincau. Dengan duit niaga itu lah mereka hidup dan besarkan kami 4 beradik.Dan pada suatu hari, kejadian hitam dalam diari hidup kami terutama buat emak aku, ketika ini aku masih darjah 4 ,masih segar dalam ingatan aku. Pada suatu pagi jumaat, "steam"/pemasak air soya bersaiz sebiji kereta kancil telah melebihi had panas kerana wap yang berlebihan tidak dikeluarkan. dan akhirnya meletup.satu dentuman yang amat kuat telah menyelubungi awan bandar baharu. Dalam kejadian ini, ayah aku cedera ringan.tapi mak aku...mak aku ,tulang bahagian atas kaki mak aku hancur,jari kaki patah. Mak aku masuk wad ICU.mak  dimasukkan di hospital taiping, hampir setiap hari ayah aku pergi sana,dalam waktu yang sama ayah perlu menjaga makan minum kami.Waktu ini kehidupan aku amat lah terumbang-ambing, kadang kala pergi sekolah kadang kala tidak,pergi menjaga mak kat hospital.selepas beberapa bulan keadaan mak semakin baik dan mak dipindahkan ke wad biasa.selepas setengah tahun mak kian pulih,boleh berjalan menggunakan tongkat, dan aku pernah bertanya dengan mak, "Mak lepas mak baik nanti,Mak nak meniaga lagi? Mak menjawab itu saja lah rezeki kita,Allah itu maha adil, hari ini kita diduga hari esok siapa yang tahu.Pada mulanya Ayah tidak mahu meniaga soya lagi, tapi itu lah mak banyak memberi semangat. selepas 2 tahun macam itu peladang telah memberikan satu mesin untuk memasak soya bernilai 30 ribu, Alhamdulillah dan tak lama selepas itu, rumah baru kami pun sudah siap, kini kehidupan kami mula selesa atas pemberian rezeki ini. Kini ayah aku masih lagi menjual soya , dan aku pernah bertanya ,"abah bila nak bersara? mungkin dalam 10tahun dari sekarang kata dia." dan pada tahun 2012 satu lagi mesin cincau bernilai 10ribu diberikan oleh pihak Risda. Banyak sangat hitam-hitam kenangan yang terkubur dalam ingatan aku dan kini aku hampir mencapai umur 20 tahun.Setiap detik dan saat yang berlalu akan menjadi kenangan yang akan mengajar kita di masa hadapan kelak.

Part 3
Dan kini aku mula mengenal kehidupan, duit bukan lah segala-galanya walau pun kadang-kala ia mengawal rentak kehidupan seseorang.Aku banyak melihat ragam-ragam orang sekeliling aku yang berduit, mereka mungkin bahagia dengan harta benda, tapi hidup masih tidak bahagia seperti yang aku melihat seorang pakcik yang hanya menjual burger goreng yang pasti berhenti menjual ketika setiap kali azan berkumandang.Separuh dari elaun LI aku ini aku berikan pada mak dan ayah untuk melihat mereka tersenyum walaupun jumlah yang diberikan tidak lah banyak.

Part 4
Belajar memberi sebelum belajar menerima,Pembelajaran seperti mungkin tidak diajar di tadika,sekolah,mahupun di Ipta/Ipts sebaliknya kita perlu buka mata dan berjalan mencari erti kehidupan kita di dunia ini.Dunia yang sementara yang mana hanya mungkin hidup 20,30,40,50,60 tahun akan datang ,mungkin jugak sampai hari esok.Perjalanan yang makin jauh dengan kita adalah masa lampau,Dan perjalanan yang makin dekat dengan kita adalah mati.

Part 5
Kini perjalanan aku mula sudah hampir sampai ke petengahan, aku mesti pilih perjalanan yang tepat dan betul untuk meneruskan kehidupan di dunia yang fana dan sementara ini.Mungkin aku tidak boleh jadi seorang ustaz, cukup lah sekadar mengikut suruhan Allah dan meninggalkan larangan-Nya dan menjadi seorang anak lelaki yang taat kepada kedua ibubapa ,abang yang baik kepada seorang adik dan suami yang mampu mendidik isteri dan anak-anak ke jalan Allah, Insyaallah.Permudahkan lah Doa ku ini ya Allah.
Segala yang tercatat adalah hak milik shafiqAg