#Calisthenics #Bar_Teras #ShafiqAG

Saturday, 5 January 2013

Kehidupan dan Duit


Assalamualaikum, hari ini dah masuk sebulan seminggu aku menjalani Latihan Industri(LI) atau lebih tepat semester 4 bagi perjalanan Diploma aku dalam Kos Elektronik Komputer.Alhamdulillah setakat ini semua berjalan dengan lancar.Ehhhh. kejap dah sebulan seminggu? bukan mula 17 desember kaa? sebenarnya aku masuk awal dua minggu untuk dapat elaun penuh.haha. semuanya sebab duit kan.Adakah duit segala-gala nya? bagi aku untuk "Keinginan" ,yaaa duit adalah segala-galanya.tapi sebaliknya bagi "keperluan"duit bukan segala-galanya. Tapi itu lah yang dipandang zaman sekarang ini gaji besar,kereta besar,rumah besar segala bagai semua nak besar bagai kan? Itu lah pemikiran orang zaman sekarang termasuk aku, yaa memang. tapi aku sedar , adakah aku hidup ini kerana duit? aku belajar mencari ilmu kerana duit? adakah itu haluan hidup aku? dan kini aku mendapat jawapan untuk persoalan aku itu.

Part 1
Sememangnya untuk hidup kita perlukan duit dan kita perlu usaha untuk mendapatkan nya. tapi sampai bila? Bila aku lihat orang sekeliling aku, aku dapat jawapan yang aku ingin kan.Kaya dan berduit tak semestinya bahagia kan, aku hanya lah anak kepada peniaga pasar malam,keluarga kami sememangnya miskin.Pernah suatu ketika dahulu ketika aku masih kecil, semasa hari raya, rumah aku pasti sunyi.saudara-mara pun jarang sangat datang,sebab apa? sebab rumah kecil takut tak muat. masa tuu mak aku sedih sangat. Kadang kala waktu dahulu aku sering mendengar tangisan mak.Dimana ruang tamu,Dimana tempat tidur,Dimana tempat solat,Dimana Dapur , boleh dilihat dengan sekali pandang sahaja.walaubagaimana pun kehidupan aku dahulu aku tetap bahagia.

Part 2
Ayah dan mak aku hanya meniaga air kacang soya dan cincau. Dengan duit niaga itu lah mereka hidup dan besarkan kami 4 beradik.Dan pada suatu hari, kejadian hitam dalam diari hidup kami terutama buat emak aku, ketika ini aku masih darjah 4 ,masih segar dalam ingatan aku. Pada suatu pagi jumaat, "steam"/pemasak air soya bersaiz sebiji kereta kancil telah melebihi had panas kerana wap yang berlebihan tidak dikeluarkan. dan akhirnya meletup.satu dentuman yang amat kuat telah menyelubungi awan bandar baharu. Dalam kejadian ini, ayah aku cedera ringan.tapi mak aku...mak aku ,tulang bahagian atas kaki mak aku hancur,jari kaki patah. Mak aku masuk wad ICU.mak  dimasukkan di hospital taiping, hampir setiap hari ayah aku pergi sana,dalam waktu yang sama ayah perlu menjaga makan minum kami.Waktu ini kehidupan aku amat lah terumbang-ambing, kadang kala pergi sekolah kadang kala tidak,pergi menjaga mak kat hospital.selepas beberapa bulan keadaan mak semakin baik dan mak dipindahkan ke wad biasa.selepas setengah tahun mak kian pulih,boleh berjalan menggunakan tongkat, dan aku pernah bertanya dengan mak, "Mak lepas mak baik nanti,Mak nak meniaga lagi? Mak menjawab itu saja lah rezeki kita,Allah itu maha adil, hari ini kita diduga hari esok siapa yang tahu.Pada mulanya Ayah tidak mahu meniaga soya lagi, tapi itu lah mak banyak memberi semangat. selepas 2 tahun macam itu peladang telah memberikan satu mesin untuk memasak soya bernilai 30 ribu, Alhamdulillah dan tak lama selepas itu, rumah baru kami pun sudah siap, kini kehidupan kami mula selesa atas pemberian rezeki ini. Kini ayah aku masih lagi menjual soya , dan aku pernah bertanya ,"abah bila nak bersara? mungkin dalam 10tahun dari sekarang kata dia." dan pada tahun 2012 satu lagi mesin cincau bernilai 10ribu diberikan oleh pihak Risda. Banyak sangat hitam-hitam kenangan yang terkubur dalam ingatan aku dan kini aku hampir mencapai umur 20 tahun.Setiap detik dan saat yang berlalu akan menjadi kenangan yang akan mengajar kita di masa hadapan kelak.

Part 3
Dan kini aku mula mengenal kehidupan, duit bukan lah segala-galanya walau pun kadang-kala ia mengawal rentak kehidupan seseorang.Aku banyak melihat ragam-ragam orang sekeliling aku yang berduit, mereka mungkin bahagia dengan harta benda, tapi hidup masih tidak bahagia seperti yang aku melihat seorang pakcik yang hanya menjual burger goreng yang pasti berhenti menjual ketika setiap kali azan berkumandang.Separuh dari elaun LI aku ini aku berikan pada mak dan ayah untuk melihat mereka tersenyum walaupun jumlah yang diberikan tidak lah banyak.

Part 4
Belajar memberi sebelum belajar menerima,Pembelajaran seperti mungkin tidak diajar di tadika,sekolah,mahupun di Ipta/Ipts sebaliknya kita perlu buka mata dan berjalan mencari erti kehidupan kita di dunia ini.Dunia yang sementara yang mana hanya mungkin hidup 20,30,40,50,60 tahun akan datang ,mungkin jugak sampai hari esok.Perjalanan yang makin jauh dengan kita adalah masa lampau,Dan perjalanan yang makin dekat dengan kita adalah mati.

Part 5
Kini perjalanan aku mula sudah hampir sampai ke petengahan, aku mesti pilih perjalanan yang tepat dan betul untuk meneruskan kehidupan di dunia yang fana dan sementara ini.Mungkin aku tidak boleh jadi seorang ustaz, cukup lah sekadar mengikut suruhan Allah dan meninggalkan larangan-Nya dan menjadi seorang anak lelaki yang taat kepada kedua ibubapa ,abang yang baik kepada seorang adik dan suami yang mampu mendidik isteri dan anak-anak ke jalan Allah, Insyaallah.Permudahkan lah Doa ku ini ya Allah.

Monday, 31 December 2012

Copy and Paste

Jodoh di tangan Tuhan dan manusia wajib berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditentukan Tuhan :)

  
Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.
  
Memang kita mudah ter silap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

  
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya. Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.


Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?


Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata? 

  
Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, jatuh terjerumus, tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. 

  
Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya. Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.

Seorang teman pernah berpesan.. "Kadang2 Allah sembunyikan matahari…dia datangkan petir dan kilat..kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar..Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."

Selamat Tinggal 2012


Assalamualaikum,

sedar tak sedar kini kita dah berada tahun 2013, cepat kan masa tuu berlalu? Meninggalkan kita dengan kenangan-kenangan yang tersendiri.Kenangan yang boleh buat kita tersenyum dan menangis bila ia bermain didalam kepala kita.  Kadang kala kenangan ini boleh menjadi pengubat tatkala kita sedang berada dalam kesedihan dan juga sebaliknya.Tapi ia hanya kenangan atau benda yang dah lepas tak lebih dari tuu.

Tuesday, 23 October 2012

Cerita Dia

asslamualaikum....dah baca blog awak, okay show off. haha. tapi takpalaa janji bahagia sudah kan!
i think, i wanna stop from hoping something never i can get, your heart. so start from now 7.02 pm 23/10/2012. i will stop from loving you and only can miss ypu . don't worry laaa i never hate you. i still you friend and if your got any problem ,just call and txt me okay? if i miss you i will call you. i know sometime we can't to explain with a word, but only can raise hand and pray to Allah. :) okay now i decide to stop and move on to another station.

macam abe cakap, jangan menangis kerana sesuatu yang tak pasti, terutamanya untuk perempuan! buat malu kaum lelaki jaa, okay dia kata tuu kat aku. bagi aku tak salah, kalu tuu buat aku lega.tapi lepas tuu bila pikiaq-pikiaq balek, rasa macam betul jaa bila dia kata macam tuu, buat apa nak stress-stress, diploma pun tak habes lagi ,duit ptptn pun tak terbayar lagi,solat lima waktu pun terskip-skip lagi? macam mana hang nak jaga anak orang weh, aku tergamam! yaa you totaly rite man. aku ambil masa 4jam untuk cerita kat dia dari awal aku pernah kenal sampai habes dia bagi solution untuk aku. sebab tuu sekarang ni aku lebih mudah untuk lepaskan hang dengan orang lain, bukan sebab tak sayang, tapi orang lain lebih layak rasanya untuk menjaga hang. aku hanya mampu berdoa dan semoga berbahagia kawan . abe hang kawan lelaki aku yang mampu untuk aku ceritakan benda ni semua. terima kasih kawan.okay jumpa lagi.satu lagi selamat menyambut hari raya aidiladha.amin doa kan perjalanan pulang ke kampung ku esok.amin. daaa. asslamualaikum

Sunday, 21 October 2012

TODAY IS FRIDAY

 2day ago.
salam jumaat! Today is look glow and dumb, i don't why?arghh ..... today she will back to her own village, johor.. yeah i feel sad for that i think plus after have settle our conflict , yaaa i know, she never and ever take our relation more than friend but only an ordinary friend i thought because she have got someone else are really special at her heart.nevermind, i still mention your name in every single day i prayed. meanwhile your mention other guy right? sobsob.
closed about that.by the way thanks for the cadbury yaww.really appreciate that.

okay now for the glam night JKE, and the theme for tonight is red and black colour. haha, not my favorite color, so all my stuff was borrowed from my friend. hmmp , i really espect that glam night was beyond awsome. puii puii, huh. i think this is the worst program i have join. i dont wanna tell because our masterplaning of the program already ask for the apologies. only enjoy when take our memory with the canon 60D. thahs all, sorry for my mistake of laguage, vocabulry,grammar. main tibai jaa ni.huh -.-"









































Thursday, 18 October 2012

KAWAN !

asslamualaikum,

aku ingat nak biar benda ni berlarutan, tak paham?  ni part 2 untuk entri sebelum ni okay!

Sunday, 14 October 2012

19 hari 20 jam 15min

hey aku muncul balik dan kali ni aku akan setia dengan hang blog, tak cari yang lain dah. hee.
tajuk tarikh aku numbor kan? bermaksud berapa hari aku dah tinggai blog ni .even tak lama sangat, tapi aku rasa benda ni yang paling aku akan ingat sebab benda ni paling aku sakit kalau nak compare dengan cerita sebelum ni. hipotesis "semakin tinggi kesetian anda ,semakin sakit bila ditinggaikan " even sekejap.

Segala yang tercatat adalah hak milik shafiqAg