#Calisthenics #Bar_Teras #ShafiqAG

Wednesday, 19 September 2012

WANITA.

semalam, aku buat lab work sorang-sorang dari pukul 12 sampai pukul 5.30 pagi. look like fool right? last minute. around 5 hour.lama tuu, tapi aku taklaa fokus 100% kat kerja aku tuu jaa.sambil bertweet jugak.tuu yang jadi lama.Actuly selalu aku tak boleh buat kerja lama-lama ni tapi disebabkan aku buat kerja sambil nyanyi lagu.hilang bosan even buat sorang-sorang.semalam aku layan nasyid. taktaw pasaipa dan buat aku berasa insaf seketika bila kerana lirik-lirik dia yang sangat mendalam.sampai mata aku berair.rasa sebak.tapi aku bersyukur sangat sebab dapat nikmat dilahirkan dalam seorang islam.amin. then bila aku terdengar satu lagu ni tajuk dia  WANITA - deHEARTY  aku cuba memahami lirik dia.rupanya lagu ni pasai bertapa tingginya harga diri seorang yang bernama wanita di dunia ini.aku terfikir kenapa aku buat dia macam tuu dulu.tapi nak buat macam mana benda dah lepas.aku redha jelaa.aku harap Allah ampunkan dosa aku.Belajar dari kesilapan tuu jelaa yang aku dapat buat sekarang ni, aku akan hargai wanita itu macam mana aku aku hargai emak aku.insyaallah (:

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita mengharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

No comments:

Post a Comment

dah baca kann?komen laa sikit kalau rajin :)

Segala yang tercatat adalah hak milik shafiqAg