Assalamulaikum. fuhhh, dah bersawang blog aku ni, lama
sangat tak diupdate atas sebab-sebab tertentu.Pejam celik pejam celik dah masuk
semester 5 pun kat PTSS dan jadi abang senior kot sekarang ni tapi perangai tak
ubah macam budak-budak. hahaha. Sem ni aku
aktif sikit lah dari sem-sem sebelum ni,
dah rajin join kelab-kelab kat poli ,kalau boleh setiap aktiviti yang
poli buat semua aku nak join. Dengan cara ni jaa nak sibukkan diri dan kurangkan
main DotA. Kalau dulu lain lah, bila ada orang marah baru tak main, kalau main
jugak ada orang merajuk. haha .time tuu kelakar. Sekarang ni , aku dah mula
buat street workout atau calisthenic. Maksud calisthenics ni menggunakan konsep
berat badan sebagai beban.Ramai jugak yang joinnya sebab sekarang ni semua nak
badan bermuscle. dan sekarang ni dah ada team Bar_Teras. Sekarang ni kitaorg
bergerak dalam pasukan.Insyallah lepas raya baju akan diusahakan.So dari sini
aku belajar untuk kurangkan rasa nak bermain DotA . nasib baik lah aku tak
merokok kalau tak lagi susah nak berhenti.
Kadang-kadang aku lalu dengan tempat yang aku selalu jumpa Dia
membuat kan aku teringat dekat Dia dan bibir aku akan melukis segaris senyuman
.Otak aku mula terbayangkan perkataan-perkataan yang diilafazkan masa semester
3 yang telah menjadi kenangan .Sebab pada masa tuu aku dah berjanji yang aku
akan jumpa Dia selepas setahun dan aku pernah cakap yang akan ada banyak
perubahan dan Dia cakap, "takpa setahun jaa kejap jaa tuhh". Mungkin
sekejap tetapi perubahan tetap perubahan.Yang bestnya, bila putus cari baru.
kejap jaa kan? Pada aku, selagi Dia menyarung cincin yang aku bagi ,aku masih
mengharapkan sesuatu dari Dia dan aku akan tunggu.Kalau tak sayang kenapa nak
pakai ? ouh lupa sayang dan cinta tuu kan dua perkataan yang berbeza.Aku tak harap
Dia pulangkan,cuma jangan pakai. Pada waktu aku menulis entri ini, aku sangat
nak bercakap dengan Dia dan tanya " awak apa khabar ? sihat? dah makan
belum? sakit kepala tak? " tapi ini hanya perasaan yang tak mungkin
dapat direalisasikan. Sebenarnya , walaupun dalam hati aku marah sangat kat Dia
,rasa sayang aku kat Dia masih ada sebab tuu aku tannak kawan dengan budak
tuu.Entah kenapa senang-senang suka kat orang lain takda perasaan kaa? aku
harap sangat panggilan dari seorang kawan macam Dia. aku rindu Hang laa budak
simpang renggam.
Jadi, aku selalu senyum bila lalu dekat tempat-tempat yang
aku selalu jumpa Dia.Mungkin kawan-kawan aku tak perasan.Lagi pun tak lama dah
aku kat perlis ni . lepas ni semua bawa haluan masing-masing mungkin tak jumpa
dah kan even sabagai kawan. Dan aku akan mula rindu tempat belajar aku, so
dalam 2 semester terakhir ni aku buat kenangan manis aku banyak-banyak termasuk
Dia dalam salah satu kenangan aku.
No comments:
Post a Comment
dah baca kann?komen laa sikit kalau rajin :)