#Calisthenics #Bar_Teras #ShafiqAG

Thursday, 7 August 2014

Permulaan.

Semua orang inginkan badan yang sihat, tak kiralah gemuk/kurus/ atau berotot. Kalau tak sihat badan berotot sekali pun tak berguna. Apa yang saya nak tekankan dekat sini ialah permulaan.Tak kisah lah, anda gemuk/kurus/biasa-biasa saja.Permulaan adalah benda yang paling penting untuk bermula segala-galanya dan permulaan juga adalah benda yang paling sukar antara dalam banyak-banyak fasa perubahan.

Jadi di sini ada beberapa tips yang saya amalkan untuk lakukan perubahan.

Pertama,Anda mesti mempunyai TARGET.Tanpa target kita seolah olah memandu tanpa hala tuju.Contohnya nak turun berat/nak badan berotot.

Kedua, bila dah ada target mesti kena berusaha, tanpa usaha. kereta pun tak boleh berjalan. yang penting kalau boleh kita mempunyai seorang idola yang sentiasa akan membuat kita bemotivasi dah tidak mudah berputus asa.

Ketiga, Cari pasangan atau teman yang berdedikasi supaya kita konsisten(sentiasa tetap kepada  matlamat) kita untuk turunkan berat badan. Kalau boleh bagi yang berkeluarga ajak anak isteri/suami/keluarga terapat anda sendiri sebagai teman anda. Kalau ada anak remaja lagi bagus.
keempat, Jumlah makanan yang ‘sihat’ hendaklah seiring dengan senaman yang anda lakukan. Contohnya: Kita baru sahaja melakukan senaman selama 30 minit tetapi semasa kita makan tengahri contohnya kita tambah nasi 2-3 pinggan. Jadi jumlah yang masuk dan keluar adalah tidak sama malah melebihi apa yang kita masuk.
kelima. Cari sukan atau senaman yangmemerlukan banyak bergerak dan yang kita suka. Terdapat 2 senaman yang saya terbaik bagi saya iaitu stree tworkout dan HIIT(High Intense Interval Training) boleh google.
Kelima, Mempunyai jadual terhadap aktiviti yang akan kita laksanakan dan baikinya setiap minggu dan jika perlu buat perubahan, lakukan sekarang.
Keenam, Menyimpan catatan berat badan kita. Kalau boleh dekat rumah tu adalah mesin menimbang. Saya cadangkan tulis berat kita selepas bangun tidur dan sebelum mandi. Sebelum makan tengahari dan petang sebelum makan malam. Jika ada aktiviti yang kita hendak buat, tulis sebelum dan selepas aktiviti tersebut. Catat dalam buku bukannya di dalam kertas supaya tidak hilang.
Ketujuh ,Membuat matlamat mental yang anda perlu untuk mencapai setiap bulan. Tulis target anda untuk turunkan berat badan contonya bermula 01 Jan 2014 sehingga 01 Apr 2014 berat badan saya akan turun sebanyak 1 kg. Tapi jangan ingat nak turunkan berat badan sahaja. Target kita biar jelas dan relevan dengan keupayaan kita. Tapi boleh setkan lebih daripada biasa supaya kita mencabar diri kita. Tulis besar-besar dan lihat setiap hari dan settkan kepada minda anda untuk mencapai terget tersebut.



Monday, 28 July 2014

Mungkin

Hari ni Raya kedua

Aku kena fitnah,  ternyata sakitnya agak mendalam terutamanya datang nya dari seorang yang bergelar kawan.

Saturday, 19 July 2014

PERASAAN.

Ku tak percaya kau ada di sini
Menemaniku di saat dia pergi
Sungguh bahagia kau ada di sini
Menghapus semua sakit yang kurasa

Mungkinkah kau merasakan
Semua yang ku pasrahkan
Kenanglah kasih.

Ku suka dirinya, mungkin aku sayang
Namun apakah mungkin, kau menjadi milikku
Kau pernah menjadi , menjadi miliknya
Namun salahlah aku, bila ku pendam rasa ini.

Dia

Bajingan.

Friday, 18 July 2014

KEMBALI MELUAHKAN

Assalamualaikum lama tak update.fuhh. Sedar tak sedar dah habis 3 tahun belajar kt politeknik kos kejuruteraan elektronik komputer.Aku takda lah pandai sangat at the end pointer dapat 3 lebih sikit jaa.huhu.Silap aku juga yg banyak main.

Btw masa semester 5, aku mula bergiat dalam plan nak turunkan berat badan,  acah acah lepas putus cinta nak buktikan sesuatu lah.Masa ni hari mula mula masuk poli semester 5, aku turun lah kt padang tepi tasik (niat asal nak joging di samping melihat bakal bakal jodoh emm emm)

Tapi masa ni lah terjumpa junior sem 2 ni, nama dia iman. Aku tengok dia dok bergayut kat tiang tuu naik turun naik turun(buat muscle up). Aku tertanya tanya apakah ini senaman ini. Lantas kaki ku pergi menyapa. Mulut bercakap.kalau kaki yang menyapa tuu nak bergaduh.

Calisthenics? Street workout? penah dengar?   tak ni first time.  Calisthenics  ni senaman yang menggunakan berat badan sebagai beban atau resistance. Bila sebut street workout ni selalu buat kat taman yang sememangnya outdoor exercise. Sejak hari tuu hampir setiap petang ku di temani rutin rutin exercise yang bakal mengubah fizikal badan ku.(ayat mcm page meran ja.)

Alhamdulillah,  sedar tak dah setahun dgn senaman street workout ni.badan tak mengecil pun.tapi bodyfat menurun kira okay lah tuu.Kalau tak minat mana mampu nak konsisten dalam setahun ni.sekaligus menukar arah minat aku terhadap sukan dan bidang fitness.

So next time,  aku share pasal rutin dgb pemakanan aku.Pepatah yang aky pegang masa mula mula dulu kan. Seribu langkah bermula dengan langkah yang pertama. It doesn't matter the first step is very fucking difficult as long as you move.

Monday, 22 July 2013

Masa dah berlalu kan?

2 jam selepas aku update, dan tiba-tiba rasa nak menaip lagi,  aku nak tulis sesuatu yang duduk melekat dalam otak ni, tapi aku tak sanggup lah. rasa bersalah jaaa. tapi apa yang aku rasa, ada 2 benda . pertama, aku tak patut tunggu dia dan tak perlu tunggu dia. yang kedua aku perlu menjauhkan diri . tak perlu on twitter dok stalk dia -.-" . ini kelakar. Kenapa perlu ada perasaan ni lagi sedang kan diri aku dah mati beberapa bulan yang lalu. Aku benci diri aku beberapa bulan yang lalu. Mungkin bila aku kurang ambil tahu pasai dia aku akan kurangkan rasa ini. mungkin. dan aku perlu buat ini. Tak dah guna untuk hidup kan jiwa yang dah mati kan?  Aku bukan nak benci dia pun, cuma aku taknak terlalu ingat dia. so better timbulkan perasaan benci kan, Tapi aku taklah seteruk tuu. cuma aku akan hilang bila dia online .Aku cuma fikir macam manalah kalau aku bercinta lama-lama then putus mesti rasa mcm apa lagi kan, tara aku  yang kejap ni pun dok rasa lagi sampai sekarang. Atau mungkin aku jaa jenis yang akan simpan rasa tuu lama-lama. Entah lah setiap orang Allah cipta dengan keistimewaan masing-masing.Mungkin ni kelemahan aku. 

Word dan Aku

Assalamulaikum, haihhh. aku sebenarnya tak suka sangat merapu kat blog ni. Selalu nya bila aku ada masalah,bila aku serabut dan aku tak tahu nak buat apa.Aku akan buka Microsoft word dan mula menaip.Aku akan menaip,menulis apa yang aku tak puas hati,apa yang aku sayang, apa yang aku nak dalam hidup ini.Setiap orang mempunyai cara untuk diorang meluahkan sesuatu masalah atau kegembiraan atau kebahagian atau kesedihan tetapi yang pasti secara psikologi orang yang macam ni termasuk dalam golongan yang suka menangis. Jangan nak tuduh aku. Aku terkecuali.


   Hari itu aku pergi kem kempimpinan. Dalam kem tuu aku dapat beberapa tips untuk menjadi pelajar yang cemerlang.Dalam tips yang dia bagi tuu satu pun tak sentuh mengenai bab pelajaran tapi pelajar tuu cemerlang.Jadi aku nak kongsi sikit lah.Yang pertama, kita memberi lebih dan kita akan menerima lebih. Kalau ikut logik apa kaitan pelajar yang cemerlang dengan tips ni. itu lah rahsia dia.Cuba lahh buat apa-apa kalau boleh kita mendahulukan orang lain, tangan yang memberi itu lebih baik dari tangan yang menerima.Tips yang kedua adalah memaafkan orang lain.So masa dia bagi tahu tips kita org perlu pejam mata dan maaf semua yang buat salah dengan kita tak kira besar mana kesalahan dia pada kita, sebab benda-benda macam ni akan membersihkan jiwa kita. Orang yang pertama aku maafkan ada lah Dia dan orang yang aku tak boleh maafkan adalah diri aku sebab ego sangat.Mungkin aku tak boleh maafkan tapi aku cuba berubah menjadi lebih baik untuk jodoh aku yang akan datang.Tips yang ketiga adalah solat dhuha. yang pasti hubungan kita dengan tuhan perlu lah jaga. Pada kesimpulan aku, sebenarnya belajar atau kerja sekalipun bukan menjadi masalah kita untuk mempelajarinya walaupun susah. Sebenarnya diri kita dan hubungan kita dengan orang sekeliling dan yang paling penting keberkatan kedua ibu bapa kita.Jadi macam mana susah pun sesuatu tuu kita perlu perbetulkan segala masalah dalaman kita dan secara automatik jiwa kita akan mudah untuk menerima sesuatu yang baik, insyaallah.Amin. Aku harap semester 5 ni aku akan jadi lebih baik dari sem-sem sebelum ni, dan aku menunggu semester 6 dengan seseorang aku dah lama tak bersua muka.

Saturday, 20 July 2013

DIA.

Assalamulaikum. fuhhh, dah bersawang blog aku ni, lama sangat tak diupdate atas sebab-sebab tertentu.Pejam celik pejam celik dah masuk semester 5 pun kat PTSS dan jadi abang senior kot sekarang ni tapi perangai tak ubah macam budak-budak. hahaha.  Sem ni aku aktif sikit lah dari sem-sem sebelum ni,  dah rajin join kelab-kelab kat poli ,kalau boleh setiap aktiviti yang poli buat semua aku nak join. Dengan cara ni jaa nak sibukkan diri dan kurangkan main DotA. Kalau dulu lain lah, bila ada orang marah baru tak main, kalau main jugak ada orang merajuk. haha .time tuu kelakar. Sekarang ni , aku dah mula buat street workout atau calisthenic. Maksud calisthenics ni menggunakan konsep berat badan sebagai beban.Ramai jugak yang joinnya sebab sekarang ni semua nak badan bermuscle. dan sekarang ni dah ada team Bar_Teras. Sekarang ni kitaorg bergerak dalam pasukan.Insyallah lepas raya baju akan diusahakan.So dari sini aku belajar untuk kurangkan rasa nak bermain DotA . nasib baik lah aku tak merokok kalau tak lagi susah nak berhenti.
Kadang-kadang aku lalu dengan tempat yang aku selalu jumpa Dia membuat kan aku teringat dekat Dia dan bibir aku akan melukis segaris senyuman .Otak aku mula terbayangkan perkataan-perkataan yang diilafazkan masa semester 3 yang telah menjadi kenangan .Sebab pada masa tuu aku dah berjanji yang aku akan jumpa Dia selepas setahun dan aku pernah cakap yang akan ada banyak perubahan dan Dia cakap, "takpa setahun jaa kejap jaa tuhh". Mungkin sekejap tetapi perubahan tetap perubahan.Yang bestnya, bila putus cari baru. kejap jaa kan? Pada aku, selagi Dia menyarung cincin yang aku bagi ,aku masih mengharapkan sesuatu dari Dia dan aku akan tunggu.Kalau tak sayang kenapa nak pakai ? ouh lupa sayang dan cinta tuu kan dua perkataan yang berbeza.Aku tak harap Dia pulangkan,cuma jangan pakai. Pada waktu aku menulis entri ini, aku sangat nak bercakap dengan Dia dan tanya " awak apa khabar ? sihat? dah makan belum? sakit kepala tak?  "  tapi ini hanya perasaan yang tak mungkin dapat direalisasikan. Sebenarnya , walaupun dalam hati aku marah sangat kat Dia ,rasa sayang aku kat Dia masih ada sebab tuu aku tannak kawan dengan budak tuu.Entah kenapa senang-senang suka kat orang lain takda perasaan kaa? aku harap sangat panggilan dari seorang kawan macam Dia. aku rindu Hang laa budak simpang renggam.

Jadi, aku selalu senyum bila lalu dekat tempat-tempat yang aku selalu jumpa Dia.Mungkin kawan-kawan aku tak perasan.Lagi pun tak lama dah aku kat perlis ni . lepas ni semua bawa haluan masing-masing mungkin tak jumpa dah kan even sabagai kawan. Dan aku akan mula rindu tempat belajar aku, so dalam 2 semester terakhir ni aku buat kenangan manis aku banyak-banyak termasuk Dia dalam salah satu kenangan aku.

No Pain No Gain .

Assalamualaikum !  Jam menunjukkan 1.50 pagi dan aku masih memikirkan idea untuk menulis sesuatu pada blog ni. Jadi hari ini nak kongsi sikit pasal rutin. Rutin eh? Apa itu rutin. Pada aku lah rutin adalah perkara yang kita buat setiap hari dan akan berulang tak kira lah benda yang kita buat tuu sihat ataupun tidak. selalu nya orang ada rutin ni dia macam displin sikit pada masa dia, sampai waktu jaa dia kena buat rutin dia. aku rasa lah. macam aku lah rutin aku makan, tapi aku tak berdisplin lah , tak sampai masa aku makan jaa,kira perut berbunyi dah perlu diisi aku makan. yaa itu ada lah rutin aku kira-kira sebulan yang lepas.Sekarang ni cuti semester aku yang keempat dan setiap cuti semester aku ni semua nya sama jaa makan,tido, tolong keluarga aku kat pasar malam, cuma kali ini jaa aku ubah sedikit rutin aku.
Perubahan rutin pada cuti sem ni ialah aku pergi gym yang agak baru buka.kadang-kadang kita hidup ni mesti nak sihat kan , kalau asyik makan jaa kalau tak bersenam tak boleh jugak even badan kita still kurus.tapi macam aku memang tak kurus lah. haha.Salah satu rutin aku yang berubah ialah aku tak makan nasi, bagi aku itu biasa bagi orang diet. Diet bukan lah sesuatu yang buruk kalau taw maksud sebenar diet ialah pemakanan seimbang. tapi orang sekarang kalau cakap diet dia dah pandang serong then malu sambil cakap takda makna aku nak diet. itu lah jawapan yang selalu aku dengar.Macam aku, aku tak kesah orang nak cakap apa sebab selagi mak aku tak kata salah aku on jaa.Mak aku yang banyak support aku, macam aku nasi memang dah tak makan  jadi tenaga memang takda, macam mana nak hidup. Jadi kat sini aku tukar meal nasi dengan sayur jaa. Yaaa setiap hari aku makan sayur. sebab tuu aku rasa untung sangat sebab ada mak aku yang dok masak sayur kat aku setiap hari.Untuk mula-mula memang tak boleh pi, tapi dah lama-lama okay jaa.Tapi mana nak cukup makan sayur setiap hari boleh mati letih jugak takda protein. Untuk protein aku ambil supplement protein gym  dgn susu lembu setiap hari gak. Rutin ni macam yang paling teruk aku pernah buat. tapi takpa atles dalam tempoh 2 minggu aku dah nampak hasil dia kira okay lah. Sebenar ada lagi cara lagi cepat untuk kurungkan berat badan ni terutama ambil supplement macam fat burner. benda ni memang berkesan sebab aku dah tengok hasil kt kawan aku, fat burner kebanyakan berfungsi untuk buang air dalam melalui peluh. kalau ambik then joging peluh macam mandi kata nya lah.Tapi aku takmau ambik , pada aku biar lah lambat asal selamat .Sapa yang guna fat burner kena banyak minum air masak kalau tak perut akan rasa mcam kena gastrik sebab takda air nak dikeluarkan.Kalau ambik supplement bagai tak exercise tak boleh jugak. boleh lah cuma lambat sikit lah kesan dia.Rutin aku sekarang ni pagi-pagi keluar pegi gym 2-3 jam then balek rehat .Petang tolong family kat pasar malam then habes jaa pasar malam terus siap pergi gym 2-3 jam. Sakit penat tuu memang sentiasa ada kat badan ni tapi ingat tanpa usaha dan kesakitan kita takkan beroleh kejayaan.

Walau apapun rutin kehidupan kita pastikan kita sentiasa sihat dan hidup dalam keceriaan. Yang penting senyum selalu dan sayangi ibubapa anda selagi mereka masih ada. Peace Yow

Semester 4 .



                               assalamulaikum fuhh dah lama gila tak update blog ni, takpa selagi aku masih hidup aku akan cuba cari  masa untuk update.Okay beberapa bulan lepas aku semester 4 kat politeknik atau lebih dikenali sebagai latihan industri (LI) atau senang cakap praktikal ! Masa aku semester 3 , aku teringin sangat-sangat nak masuk alam praktikal ni, aku letak harapan yang tinggi kat praktikal aku yang mengatakan praktikal lagi menyeronokkan dari belajar kat poli tu. Mungkin! . Aku praktikal sekali dengan classmate juga roomate aku juga sedaerah iaitu mat.Sebenarnya, aku masuk awal dari tarikh yang ditetapkan dalam dua minggu macam tuu, bukan sebab apa orang kata semangat kan? haha. aku just nak cepatkan masa untuk capai wishlist aku jaa ,hehe. Masuk awal gaji awal tuu jaa  ($.$) . Bulan pertama kat sini aku, boleh lah mat pun dah join sekali.Nak kata kerja best?  kalau benda kita tak minat jangan cakap kerja lah, bab makanan pun kita boleh tolak kan. So kenapa aku nak praktikal kat sini, 1st dia ada dalam senarai yang poli bagi, 2th masa interview sembang fix komputer bagai then now what? sampai cukai pintu pun aku kena pi bayar? aku bukan tak boleh buat apa kerja disuruh cuma fikir lah sikit sehari setakat sentuh satu dua komputer, then suruh buat penghantaran barang kat kilang-kilang buat serupa aku ni kerja 20-30 tahun silap sikit maki. memang terasa nak bagi penumbuk terutama bila dia seorang cina.Aku bukan rasis, just nak tegur belajar adab.Berbalik kepada sebulan, tak lama selepas tuu kawan mat pun join kami praktikal kat sini, syok laa jugak kann ada gak kawan lain. tapi tak lamaa dalam tiga minggu kena buang, haha lagi sedih. Masalah? nope kawan mat ni tak bermasalah, yang bermasalah tempat LI ni yang dok anggap budak-budak pratikal serupa dah kerja 20-30 tahun. then tinggal lah aku dengan mat balik. tapi aku cuma boleh tahan sampai 2 bulan jaa tak boleh pi dah, aku boleh tahan nak stay cuma takut aku tak boleh kawal perasaan aku untuk melepaskan apa yang dok simpan ni. then aku call UPLI dan buat surat pertukaran. 2 minggu jugak lah nak uruskan pertukaran ni.now tinggai lah mat sorang-sorang kat sana. Pelik kan? mat boleh pulak bertahan kan sampai habis takda masalah apa pun, atau aku yang bermasalah. Aku rasa cuma prinsip yang aku pegang dengan dia yang berbeza, aku nak sangat belajar ilmu-ilmu komputer bab-bab fixing ni. dekat situ aku tak dapat belajar sebab tuu aku memberontak .Then aku now aku tukar tempat yang baru, hanya 5 minit jaa dari rumah kalau nak compare sebelum ni hampir setengah jam memang tak berbaloi. Dekat kedai komputer sini banyak sangat benda yang aku dapat belajar, pernah sehari tuu aku hadap 10 komputer sekali gus untuk fix. Aku tak merungut pun tapi aku rasa puas , sebab apa? sebab kita minat. So untuk kesimpulan, sila pegang pada prinsip dan betulkan niat kita tak kira lah nak buat apa sekali pun. Dugaan akan pasti datang selagi kita hidup, tabahkan hati dan teruskan usaha.tapi aku memang manja sikit, sikit jelaa.

Saturday, 5 January 2013

Kehidupan dan Duit


Assalamualaikum, hari ini dah masuk sebulan seminggu aku menjalani Latihan Industri(LI) atau lebih tepat semester 4 bagi perjalanan Diploma aku dalam Kos Elektronik Komputer.Alhamdulillah setakat ini semua berjalan dengan lancar.Ehhhh. kejap dah sebulan seminggu? bukan mula 17 desember kaa? sebenarnya aku masuk awal dua minggu untuk dapat elaun penuh.haha. semuanya sebab duit kan.Adakah duit segala-gala nya? bagi aku untuk "Keinginan" ,yaaa duit adalah segala-galanya.tapi sebaliknya bagi "keperluan"duit bukan segala-galanya. Tapi itu lah yang dipandang zaman sekarang ini gaji besar,kereta besar,rumah besar segala bagai semua nak besar bagai kan? Itu lah pemikiran orang zaman sekarang termasuk aku, yaa memang. tapi aku sedar , adakah aku hidup ini kerana duit? aku belajar mencari ilmu kerana duit? adakah itu haluan hidup aku? dan kini aku mendapat jawapan untuk persoalan aku itu.

Part 1
Sememangnya untuk hidup kita perlukan duit dan kita perlu usaha untuk mendapatkan nya. tapi sampai bila? Bila aku lihat orang sekeliling aku, aku dapat jawapan yang aku ingin kan.Kaya dan berduit tak semestinya bahagia kan, aku hanya lah anak kepada peniaga pasar malam,keluarga kami sememangnya miskin.Pernah suatu ketika dahulu ketika aku masih kecil, semasa hari raya, rumah aku pasti sunyi.saudara-mara pun jarang sangat datang,sebab apa? sebab rumah kecil takut tak muat. masa tuu mak aku sedih sangat. Kadang kala waktu dahulu aku sering mendengar tangisan mak.Dimana ruang tamu,Dimana tempat tidur,Dimana tempat solat,Dimana Dapur , boleh dilihat dengan sekali pandang sahaja.walaubagaimana pun kehidupan aku dahulu aku tetap bahagia.

Part 2
Ayah dan mak aku hanya meniaga air kacang soya dan cincau. Dengan duit niaga itu lah mereka hidup dan besarkan kami 4 beradik.Dan pada suatu hari, kejadian hitam dalam diari hidup kami terutama buat emak aku, ketika ini aku masih darjah 4 ,masih segar dalam ingatan aku. Pada suatu pagi jumaat, "steam"/pemasak air soya bersaiz sebiji kereta kancil telah melebihi had panas kerana wap yang berlebihan tidak dikeluarkan. dan akhirnya meletup.satu dentuman yang amat kuat telah menyelubungi awan bandar baharu. Dalam kejadian ini, ayah aku cedera ringan.tapi mak aku...mak aku ,tulang bahagian atas kaki mak aku hancur,jari kaki patah. Mak aku masuk wad ICU.mak  dimasukkan di hospital taiping, hampir setiap hari ayah aku pergi sana,dalam waktu yang sama ayah perlu menjaga makan minum kami.Waktu ini kehidupan aku amat lah terumbang-ambing, kadang kala pergi sekolah kadang kala tidak,pergi menjaga mak kat hospital.selepas beberapa bulan keadaan mak semakin baik dan mak dipindahkan ke wad biasa.selepas setengah tahun mak kian pulih,boleh berjalan menggunakan tongkat, dan aku pernah bertanya dengan mak, "Mak lepas mak baik nanti,Mak nak meniaga lagi? Mak menjawab itu saja lah rezeki kita,Allah itu maha adil, hari ini kita diduga hari esok siapa yang tahu.Pada mulanya Ayah tidak mahu meniaga soya lagi, tapi itu lah mak banyak memberi semangat. selepas 2 tahun macam itu peladang telah memberikan satu mesin untuk memasak soya bernilai 30 ribu, Alhamdulillah dan tak lama selepas itu, rumah baru kami pun sudah siap, kini kehidupan kami mula selesa atas pemberian rezeki ini. Kini ayah aku masih lagi menjual soya , dan aku pernah bertanya ,"abah bila nak bersara? mungkin dalam 10tahun dari sekarang kata dia." dan pada tahun 2012 satu lagi mesin cincau bernilai 10ribu diberikan oleh pihak Risda. Banyak sangat hitam-hitam kenangan yang terkubur dalam ingatan aku dan kini aku hampir mencapai umur 20 tahun.Setiap detik dan saat yang berlalu akan menjadi kenangan yang akan mengajar kita di masa hadapan kelak.

Part 3
Dan kini aku mula mengenal kehidupan, duit bukan lah segala-galanya walau pun kadang-kala ia mengawal rentak kehidupan seseorang.Aku banyak melihat ragam-ragam orang sekeliling aku yang berduit, mereka mungkin bahagia dengan harta benda, tapi hidup masih tidak bahagia seperti yang aku melihat seorang pakcik yang hanya menjual burger goreng yang pasti berhenti menjual ketika setiap kali azan berkumandang.Separuh dari elaun LI aku ini aku berikan pada mak dan ayah untuk melihat mereka tersenyum walaupun jumlah yang diberikan tidak lah banyak.

Part 4
Belajar memberi sebelum belajar menerima,Pembelajaran seperti mungkin tidak diajar di tadika,sekolah,mahupun di Ipta/Ipts sebaliknya kita perlu buka mata dan berjalan mencari erti kehidupan kita di dunia ini.Dunia yang sementara yang mana hanya mungkin hidup 20,30,40,50,60 tahun akan datang ,mungkin jugak sampai hari esok.Perjalanan yang makin jauh dengan kita adalah masa lampau,Dan perjalanan yang makin dekat dengan kita adalah mati.

Part 5
Kini perjalanan aku mula sudah hampir sampai ke petengahan, aku mesti pilih perjalanan yang tepat dan betul untuk meneruskan kehidupan di dunia yang fana dan sementara ini.Mungkin aku tidak boleh jadi seorang ustaz, cukup lah sekadar mengikut suruhan Allah dan meninggalkan larangan-Nya dan menjadi seorang anak lelaki yang taat kepada kedua ibubapa ,abang yang baik kepada seorang adik dan suami yang mampu mendidik isteri dan anak-anak ke jalan Allah, Insyaallah.Permudahkan lah Doa ku ini ya Allah.

Monday, 31 December 2012

Copy and Paste

Jodoh di tangan Tuhan dan manusia wajib berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditentukan Tuhan :)

  
Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.
  
Memang kita mudah ter silap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

  
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya. Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.


Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?


Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata? 

  
Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, jatuh terjerumus, tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. 

  
Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya. Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.

Seorang teman pernah berpesan.. "Kadang2 Allah sembunyikan matahari…dia datangkan petir dan kilat..kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar..Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."

Selamat Tinggal 2012


Assalamualaikum,

sedar tak sedar kini kita dah berada tahun 2013, cepat kan masa tuu berlalu? Meninggalkan kita dengan kenangan-kenangan yang tersendiri.Kenangan yang boleh buat kita tersenyum dan menangis bila ia bermain didalam kepala kita.  Kadang kala kenangan ini boleh menjadi pengubat tatkala kita sedang berada dalam kesedihan dan juga sebaliknya.Tapi ia hanya kenangan atau benda yang dah lepas tak lebih dari tuu.

Tuesday, 23 October 2012

Cerita Dia

asslamualaikum....dah baca blog awak, okay show off. haha. tapi takpalaa janji bahagia sudah kan!
i think, i wanna stop from hoping something never i can get, your heart. so start from now 7.02 pm 23/10/2012. i will stop from loving you and only can miss ypu . don't worry laaa i never hate you. i still you friend and if your got any problem ,just call and txt me okay? if i miss you i will call you. i know sometime we can't to explain with a word, but only can raise hand and pray to Allah. :) okay now i decide to stop and move on to another station.

macam abe cakap, jangan menangis kerana sesuatu yang tak pasti, terutamanya untuk perempuan! buat malu kaum lelaki jaa, okay dia kata tuu kat aku. bagi aku tak salah, kalu tuu buat aku lega.tapi lepas tuu bila pikiaq-pikiaq balek, rasa macam betul jaa bila dia kata macam tuu, buat apa nak stress-stress, diploma pun tak habes lagi ,duit ptptn pun tak terbayar lagi,solat lima waktu pun terskip-skip lagi? macam mana hang nak jaga anak orang weh, aku tergamam! yaa you totaly rite man. aku ambil masa 4jam untuk cerita kat dia dari awal aku pernah kenal sampai habes dia bagi solution untuk aku. sebab tuu sekarang ni aku lebih mudah untuk lepaskan hang dengan orang lain, bukan sebab tak sayang, tapi orang lain lebih layak rasanya untuk menjaga hang. aku hanya mampu berdoa dan semoga berbahagia kawan . abe hang kawan lelaki aku yang mampu untuk aku ceritakan benda ni semua. terima kasih kawan.okay jumpa lagi.satu lagi selamat menyambut hari raya aidiladha.amin doa kan perjalanan pulang ke kampung ku esok.amin. daaa. asslamualaikum

Sunday, 21 October 2012

TODAY IS FRIDAY

 2day ago.
salam jumaat! Today is look glow and dumb, i don't why?arghh ..... today she will back to her own village, johor.. yeah i feel sad for that i think plus after have settle our conflict , yaaa i know, she never and ever take our relation more than friend but only an ordinary friend i thought because she have got someone else are really special at her heart.nevermind, i still mention your name in every single day i prayed. meanwhile your mention other guy right? sobsob.
closed about that.by the way thanks for the cadbury yaww.really appreciate that.

okay now for the glam night JKE, and the theme for tonight is red and black colour. haha, not my favorite color, so all my stuff was borrowed from my friend. hmmp , i really espect that glam night was beyond awsome. puii puii, huh. i think this is the worst program i have join. i dont wanna tell because our masterplaning of the program already ask for the apologies. only enjoy when take our memory with the canon 60D. thahs all, sorry for my mistake of laguage, vocabulry,grammar. main tibai jaa ni.huh -.-"









































Thursday, 18 October 2012

KAWAN !

asslamualaikum,

aku ingat nak biar benda ni berlarutan, tak paham?  ni part 2 untuk entri sebelum ni okay!

Sunday, 14 October 2012

19 hari 20 jam 15min

hey aku muncul balik dan kali ni aku akan setia dengan hang blog, tak cari yang lain dah. hee.
tajuk tarikh aku numbor kan? bermaksud berapa hari aku dah tinggai blog ni .even tak lama sangat, tapi aku rasa benda ni yang paling aku akan ingat sebab benda ni paling aku sakit kalau nak compare dengan cerita sebelum ni. hipotesis "semakin tinggi kesetian anda ,semakin sakit bila ditinggaikan " even sekejap.

Sunday, 23 September 2012

#OPERASI STEAMBOT

yaw,yaw,yaw.! apa tuu. bunyi perut bernyanyi menandakan ia hendak memakan sesuatu.kah kah kah. masa aku pergi buat rawatan bekam hari tu, dia ada kata yang aku ada gastrik.tapi aku okay jaa, cuma somtime sakit jugak bila tak makan, laki takpa sakit dia tahan, kalu perempuan, kena cari ubat laa.haha. tapi tuu bukan persoalannya....

Saturday, 22 September 2012

entri yang agak panjang.

jarang aku update tengah-tengah pagi macam nii. so weekend ni aku buat satu benda yang sangat berilmu dan berbaloi.  <<FAST REWIND<<

OPPPPSSS, melihat jam ditangan menunjukkan 8.10, arghhh bangun lambat!!! untuk pergi ke seminar pasai bekam. cepat-cepat-cepat, lari p tandas mandi buat apa yang patut. okay siap-siap! wangi tak?. 8.20 aku turun dari blok berjalan untuk menghadiri majlis ilmu.daah daftar bagai...then aku duduk laa sorang2(actuly ada lagi beberapa lagi orang lelaki tapi aku tak kenai..saya pemalu) .apa itu bekam? mesty yang hampa taw ada benda macam gelas, then sedut-sedut keluar darah? kan kan kan!

sebenar-benarnya, bekam ni adalah sunnah rasulallah s.a.w, aku sendiri pun baru taw yang benda ni sunnah! dari apa yang aku belajar bekam ni ada 3 jenis kalau hampa nak taw! first bekam kering, second bekam luncur dan last bekam basah yang hampa kata "sedut-sedut keluar darah"!
takmau cerita pasai first dengan second, nak cerita pasai bekam basah. kenapa perlu berbekam?

Thursday, 20 September 2012

Harimau Malaya beat Prelude

apa benda tajuk entri aku macam tuu? aku pun taktaw apakah "harimaumalaya beat prelude" sampai aku masuk dalam dewan harum manis .baru aku nampak! nampak apakah?  REWIND...

first aku nampak banner harimaumalaya beat prelude kat depat Pusat Islam(PI). First impression aku, aku rasa ada lawan bola jaring kaa apa kot, sebab nampak pakai baju harimau malaya bagai.takkan bola sepak pulak.yang pakai baju dalam banner tuu perempuan. lagi pun benda ni final projek DUP sem 6 rasanya. Sempena project ni, kawan aku farid kena jemput untuk nyanyian lagu hijau daru zainal abiddin.*untung laa suara sedap. tapi semalam bukan nyanyi lagu hijau pun, dia nyanyi lagu saat terakhir dari ST12  sebab suara dia takda plus batuk katanya. tapi apa-apa pun suara dia terbaik laa.jauh lagi aku nak sampai tahap dia tuu,aku pun minat jugak bab nyanyi tapi hanya untuk suka-suki jaa. first-first mc masuk dengan lagu Oppagangnam stlye. sumpah aku fuck gila lagu ni. menari macam bodoh jaa terlompat-lompat. then ada tarian dari jemputan luar.tarian ni diaorang guna lagu ulik mayang, cara gerakan diaorang macam silat plus macam orang kena rasuk pun ada.taktaw laa maybe style dia macam tuu.then ada persembahan dari "no noise percussion"  yang membuat rentak musik dari alat kitar semula..Group ni terbaik sangat taktaw nak cakap, first time tengok, terpegun habes kot.koreagrafi dgn susanan musik dia lancar jaa.memang best. then acara seterusnya ada cabutan bertuah, pada asalnya kami dapat nombor, tapi disebabkan orang tak ramai,nombor bertuah tak digunakan. terpaksa tukar cara pemilih pemenang tuuh. diaorang main panggil-panggil sahaja, contohnya, sapa pakai cermin mata naik,sapa pakai selipar warna merah naik,sapa pakai jam sebelah kanan naik, sapa pakai baju warna biru naik dan banyak lagi.then aku terlepas dua peluang. sapa pakai spec dgn sapa ada duet dua puluh. aku duduh belakang sikit tuu yang lambat nak pergi naik pentas.orang lain lagi laju.dammit!  then for hadiah last yang besar , bwakkan saya botol air. daus atau panjang duduk depan ambil botol yang lari laju-laju nak pergi naik pentas. tapi sebab kat tangga tuu depan tuu ada lopak air sebab dari persembahan yang guna lagu ulik mayang tuu. bersepah dia depan tangga dewan harum manis tuu,kah kah kah semua pakat gelak.tapi teruk kot paha dia kena kayu. nasib baik takda kecederaan kritikal.hadiah takdapat sebab ada orang yang lari jugak masa dia jatuh tuu.sedih hadiah melepas sakit dapat. masa sebelum penutup aku naik atas pentas main instrument dari no noise percussion best woit.tak ramai orang boleh laa aku naik.tak laa malu sangat. keseluruhan dalam dewan tuu budak jabatan perlancongan, kami jaa berapa kerat jabatan elektrik tuu pun sebab farid ajak.kalau tak memang tak pergi laa.

okay for the conclusion, aku still takdapat apakah yang dimaksudkan dengan "Harimau Malaya beat Prelude" dan final project. aku nampak persembahan jaa sampai akhir.bukan dari diaorang tapi jemputan.pakai baju harimau malaya bagai ingat nak debat kaa, apa. takda apa pun. tapi aku enjoy laa even acara mula lambat dari yang dirancang.biasa laah janji orang melayu.lagi satu, maakkan aku atas kecarutan yang aku tulis. :)


persiapan  no noise percussion

Segala yang tercatat adalah hak milik shafiqAg